Featured Posts

Hati-hati ketika menggunkan kad kredit di Stesen Minyak

Baru-baru ini saya ada menerima email yang memberitahu sesuatu yang berlaku kepada rakannya yang menggunakan kad kredit ketika mengisi petrol. Pendedahannya amat mengejukkan dan saya pun tak terfikir ini boleh berlaku tapi saya tak khuatir sebab saya tak guna kad kredit untuk isi minyak,

Kepada rakan-rakan yang menggunakan kad kredit untuk isi minyak sila baca cerita ini dan faham ( sebab statementnya dalam English)….

Beware when using credit card to fill petrol. Just got to know about this case through a friend that this thing actually happened to one of his co-workers.

She used her credit card to purchase gas at the pump (like most of us do). She received her receipt like normal. However, when she checked her statement, there were 2 x RM50 charges added in addition to her purchase.

Upon investigation, she found out that because she did not press the ‘CLEAR ‘ button at the pump, the employee inside the store was able to use her card to purchase his/her own gas!

To keep this from happening, after you get your receipt, you must press the ‘CLEAR ‘ button or your information will be stored until the next customer inserts their card.

Be sure to tell all your friends / family so that this doesn’t happen to them !
Pressing the clear button is a must each and every time.

Share/Save/Bookmark

Hidup tanpa guna wang sesen pun selama setahun

 

Mark Boyle (30 tahun) hidup selama setahun ini tanpa membelanjakan wang sesen pun. Beliau berkata, ini merupakan saat yang paling bahagia dalam hidupnya dan dia akan meneruskan gaya hidup tersebut.Mark boyle

 

Boyle selama 12 bulan terakhir menjadi seorang “freeconomist”. Ia menjalani gaya Beliau menjalani gaya hidup ini di sebuah caravan di Timsbury, berhampiran Bath, Inggeris, dengan menanam bahan makanannya sendiri dan menggunakan kembali sampah-sampah yang dibuang orang lain. Dia mengatakan, dengan tidak membelanjakan wang sesen pun, ia jadi lebih bahagia, dan kini berikrar untuk meneruskan cara hidup tanpa wang itu.

 

Dia boleh bermain gitar di mana sahaja. Teleponnya hanya untuk menerima panggilan. Peralatan elektriknya menggunakan tenaga matahari. Dia mendapatkan pakaian terpakai atau dari website kitar semula.

 

Boyle, seorang sarjana ekonomi kelahiran Ireland dan bekas usahawan, punya blog yang berkisah tentang gaya hidupnya. Untuk menghidupkan laptopnya, beliau menggunakan tenaga solar dari tenaga matahari dan kemudahan internet percuma di sebuah ladang tempatan.

 

“Itu merupakan saat paling bahagia dalam hidup saya, dan saya akan meneruskannya. Saya tidak melihat alasan untuk kembali ke dunia yang berorentasikan wang. Hidup tanpa wang sangat membebaskan. Tentu ada cabaran, tetapi saya tidak punya tekanan berkaitan akaun bank, bil, kesesakan lalulintas, dan bekerja dalam sebuah pekerjaan yang tidak saya sukai. ”

 

“Perkara yang sukar ialah bersosial dengan teman-teman, saya kehilangan aspek ini. Sebagai pertukaran dari pergi ke pub, saya membuat unggun api, bermain muzik atau pergi berjalan-jalan” katanya.

 

Dia pernah cuba untuk berjalan kaki dari Bristol, Inggirs, menuju India dengan NoMoneyWalkbergantung pada kebaikan dan keramahan orang lain. Namun, beliau terpaksa menghentikan perjalanan itu sebulan kemudian, kerana mengalami kesukaran ketika di Perancis.

 

“Dalam 20 tahun ke depan, orang akan mula menentukan apa yang mereka gunakan dan bagaimana mereka harus hidup. Keutamaan saya adalah menggunakan kembali apa-apa yang orang buang, lalu membangun sebuah infrastruktur berterusan bagi masa depan. Faktanya, saya telah memutuskan untuk meneruskan gaya hidup ini yang merupakan saranan terbaik yang boleh dilakukan setiap orang. ”

 

Boyle seorang vegetarian. Sekarang dia bercadang untuk mempromosikan gerakan freeconomy melalui blognya. Dia juga mengajar bagaimana hidup secara sederhana.

 

 

 

Share/Save/Bookmark

Salam Ma’al Hijrah 1431H

Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut
Ma’al hijrah 1431H buat semua muslimin muslimat . Begitu cepat
masa berlalu dan setelah setahun 1430H telah meninggalkan kita.

Persoalan yang selalu ditanya ialah apa azam anda tahun baru dan adakah azam tahun lepas dah tercapai. Sekali lagi roda masa berputar seperti biasa kita buat azam yang baru . Inilah yang kita selalu lakukan bila bertemu tahun baru.

Kita juga akan menyambut tahun baru 2010 mengikut kalendar masihi. Banyak yang kita perlu rancang dengan baik sempena dengan awal tahun baru ini supaya dapat menghasilkan keputusan baik dalam mencapai impian maupun target masing-masing.

 

 

 

Apa pun selamat menyambut Ma’al Hijrah 1431. Marilah kita berhijrah dari yang tidak baik kepada yang baik , dan yang baik kepada yang lebih baik dan yang lebih baik kepada yang teramat baik….

Share/Save/Bookmark

LIMA 2009 dibuka untuk orang ramai pada 5/12/09

Lima2009

Walaupun berkesempatan balik kampung untuk Hari Raya Haji (Aidil Adha) di Langkawi baru-baru ini, tapi sayangnya saya tidak dapat menunggu lebih lama untuk menyaksikan Pameran LIMA kerana balik awal untuk meneruskan kerja.

Namun begitu dapat juga saya menyaksikan kapal terbang membuat latihan persediaan untuk hari pertunjukan.

Kapalterbang2

Skill yang menarik

Pertunjukan kapal terbang

Pertunjukan kapal terbang

Pada 5/12/09, hari ini akan dibuka kepada orang ramai.

Dibawah ialah statistik penyertaan pada LIMA 2009  kali ini.

Lima2009 statistic

Klik untuk enlarge

Disamping itu pertunjukan Kapal laut juga diadakan di Awana Port Malai.

kapallaut

Kepada yang pergi, selamat menyaksikan pameran yang menarik dan hanya 2 tahun sekali diadakan..

Share/Save/Bookmark

Kenapa Perlu Pilih Madu?

KENAPA PERLU PILIH MADU?

  • MADU penawar segala penyakit  yang telah dinyatakan oleh Al-Quran & Sunnah Nabi
    Lebah yang mengagumkan..

    Lebah yang mengagumkan..

    Muhammad S.A.W

  • MADU adalah 100% Asli dan terjadi dari proses semulajadi.
  • Tiada gula tambahan & rendah lembapan
  • Kapsul Sayuran
  • Dikenali sebagai ‘pemakanan lengkap (complete food ) yang memberi tenaga
  • Cara pengambilan yang mudah – minum sebelum sarapan & sebelum tidur

 

SECARA AM

  • Anti oksida, anti kanser, anti penuaan
  • Anti bacteria yang tinggi – dalaman/luaran, elak jangkitan, luka batuk & selsema
  • Anti vurus : penyakit keputihan, jangkitan & gatal-gatal
  • Antibiotik semula jadi yang boleh tingkatkan immunisasi badan
  • Pelawas semulajadi bagi mengelak sembelit atau buasir
  • Penawar ulcer, arthritis, luka

 KANAK-KANAK

  • Mengandungi “acetylcholine”- penting dalam meningkatkan tahap IQ & perkembangan otak
  • Meningkatkan konsentrasi anak dalam pelajaran
  • Amalan minuman kesihatan yang baik & berkhasiat

 UNTUK WANITA

  • Tingkatkan peluang untuk hamil/kesuburan
  • Baik untuk wanita bersalin, merampingkan tubuh & perut buncit
  • Senggugut

Sarang Lebah1

UNTUK LELAKI

  • Tingkatkan stamina/tenaga zahir & batin
  • Positif mental attitude , dapat mengawal stress & cepat marah / kekusutan
  • Tubuh badan fit  

KECANTIKAN

  • Anti-pigmentasi
  • Awet muda-menegangkan kulit muka & badan
  • Halusi kulit muka dengan kecilkan liang pori-pori
  • Baiki perjalanan darah –kulit muka berseri
  • Seimbangkan hormone
  • Lambatkan penuaan,kedut-kedut dan garis-garis halus

 MERAMPING BADAN

  • Mengandungi “Arginine” – berkessasn utk arthritis & masalah berat badan
  • Anti fat & Anti kolestrol-membuang lemak lama yang terkumpul dan mengawal lemak baru dari terjadi
  • Tingkatkan tahap metabolisma

Share/Save/Bookmark

Manfaat minum air kosong sebaik bangun tidur

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik – 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Share/Save/Bookmark

9 Sebab Hati Tidak Bahagia


Antara mazmummah (sifat-sifat tercela) utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1.
Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2
. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3.
Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4.
Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.


5.
Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi… ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6.
Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkan bersabar bila hadapi dugaan..)

 
7.
Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yg kita ada..


9.
Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara keseluruhannya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.
Wallahualam”



Share/Save/Bookmark

Cerita pasal Jin

Untuk Pengetahuan Semua…

 

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil.
Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca ” Sala

Mun, ‘ Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.”

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong… .” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.

Share/Save/Bookmark

Faktor kegagalan di dalam perniagaan

Tidak semua usahawan yang menceburkan diri dalam perniagaan itu

mencapai apa yang mereka impikan.  Terdapat fakta menunjukan bahawa

90% usahawan gagal dalam perniagaan dalam tempoh masa 5 tahun dan

yang terbaru kajian daripada Small Business Administration (SBA)

menyatakan;

 

         2/3 usahawan baru gagal dalam jangka masa 2 tahun

 

           44% usahawan baru gagal dalam jangka masa 5 tahun.

 

Bagaimanakan ini terjadi?

 

Menurut statistik yang dikeluarkan ini faktor yang menjadi punca

kepada keadaan ini adalah disebabkan oleh;

 

1. Memulakan perniagaan pada masa yang tidak sesuai.

 

2. Pengurusan yang Lemah

 

3. Modal yang tidak Mencukupi

 

4. Masalah Lokasi

 

5. Kegagalan dalam merancang

 

6. Pengembangan perniagaan yang tidak terkawal

 

7. Tiada pembangunan Lama Web

 

8. Pasaran yang tidak pelbagai

 

Perniagaan merupakan pekerjaan yang mulia. Melalui perniagaan

banyak peluang pekerjaan serta peluang untuk meningkatkan taraf

hidup dan ekonomi individu dan negara dapat diwujudkan.

 

Kebanyakan usahawan masih perlu dibimbing dan dibangunkan dengan

strategi-strategi perniagaan yang bersistematik supaya dapat kekal

dalam arena perniagaan.  Ini penting kerana melalui strategi yang

berkesan ia dapat membantu usahawan mempunyai daya saing yang tinggi.

 

Kejayaan sesuatu perniagaan merupakan satu rahsia kepada kejayaan

usahawan. Usahawan yang mempunyai perniagaan yang maju mempunyai

jati diri dan pengetahuan yang sangat baik dalam perniagaan.

Kegagalan bukannya satu pilihan bagi usahawan yang berjaya,

sebaliknya mereka mempunyai tahap kematangan fikiran yang tinggi,

pengetahuan yang baik serta minda yang positif  yang dapat membuka

jalan kepada lebih banyak peluang-peluang perniagaan untuk terus

berkembang.

 

Bagi memacu kepada sikap dan sifat usahawan yang gigih dan berjaya,

pembangunan yang berterusan (continous development) difikirkan

wajar diapplikasikan kepada usahawan bagi membantu mereka

mengenalpasti peluang serta melaksanakan perniagaan dengan cara

yang lebih praktikal .

 

 

(sumber Dr. Irfan Khairi)

Share/Save/Bookmark

Air Pancut yang menakjubkan di Hafita, Russia

Saksikanlah kekuasan Ilahi, Yang Maha Berkuasa…

Air pancut ini akan berlaku selang 5 minit dengan ketinggian pancutannya sehingga 30 meter.

air-pancut-di-hafitarussia

Share/Save/Bookmark