Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya telah dilahirkan pada 20-09-1974 di pulau kelahiran Mahsuri iaitu Pulau Langkawi Kedah. Merupakan anak ke 7 daripada 8 adik beradik. Sekarang menetap di Banting Selangor.
Mendapat pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya Langkawi, Kisap, Pulau Langkawi pada tahun 1981. Terus menyambung pengajian Menengah di Maktab Mahmud Alor Setar dari tahun 1987 ~ 1993 .
Sebaik sahaja tamat SPM, saya melanjutkan pengajian di ITM (sekarang dikenali Uitm) dari tahun 1993 ~ 1996 di dalam bidang Teknologi Tekstil. ( siapa-siapa nak tahu pasai kain boleh tanya…)
Selepas tamat diploma saya terus ditawarkan pekejaan di Hualon Co. Nilai, Negeri Sembilan, tetapi hanya bekerja selama sebulan kerana mendapat pekerjaan baru di Woodard Textile Sdn Bhd. (sekarang dikenali sebagai Penfabric Mill 1 Sdn. Bhd.) di Bayan Baru, Penang dari tahun 1996 ~ 2003.
Setelah bekerja dan tinggal lebih kurang 7 tahun di Permatang Pauh, Pulau Pinang telah mendapat seru untuk bertukar kerja, dan pada bulan october 2003 mandapat tawaran bekerja di Araborgstena Sdn Bhd. Jenjarom, Selangor sehingga sekarang.
Hobi saya pada masa lapang mestilah “menggodeng”(melayari) internet. Selain itu saya juga suka membaca buku terutama buku berkaitan perniagaan samada online atau offline, kewangan dan pelaburan. Selain itu juga saya suka pergi “berjalan-jalan” (travel) samada didalam atau luar negara. Luar negara yang saya pernah pergi ialah German, Portugal, Republik Chez, China dan USA.
Mula mengenali dan mendalami ilmu perniagaan internet setelah menghadiri Workshop Rahsia Internet oleh Dr Irfan Khairi pada tahun 2006. Bermula dari sejak itu saya terus menimba ilmu dengan menghadiri kursus-kursus serta saya pelajari melalu membeli dan membaca ebook yang terdapat didalam pasaran samada dari dalam dan luar negara.
Harapan saya didalam industri Internet ini ialah, saya dapat menyumbang kepada industri ini melalui penghasilan produk informasi yang bermutu di mana ia dapat menyelesaikan masalah-masalah khususnya berkaitan pengurusan kewangan disamping mendidik, membimbing dan membantu yang termampu. Saya juga bercita-cita menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Merebut Peluang Yang Ada



