Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut
Ma’al hijrah 1431H buat semua muslimin muslimat . Begitu cepat
masa berlalu dan setelah setahun 1430H telah meninggalkan kita.
Persoalan yang selalu ditanya ialah apa azam anda tahun baru dan adakah azam tahun lepas dah tercapai. Sekali lagi roda masa berputar seperti biasa kita buat azam yang baru . Inilah yang kita selalu lakukan bila bertemu tahun baru.
Kita juga akan menyambut tahun baru 2010 mengikut kalendar masihi. Banyak yang kita perlu rancang dengan baik sempena dengan awal tahun baru ini supaya dapat menghasilkan keputusan baik dalam mencapai impian maupun target masing-masing.
Apa pun selamat menyambut Ma’al Hijrah 1431. Marilah kita berhijrah dari yang tidak baik kepada yang baik , dan yang baik kepada yang lebih baik dan yang lebih baik kepada yang teramat baik….



Salam Maal Hijraj 1431H, walaupun agak terlambat. Semoga suksess dalam perniagaan internet dan berjaya menjadi salah seorang IM yang disegani pada masa yang akan datang…