RFC ialah Radix Fried Chicken , merupakan restoren makanan segera yang dimiliki oleh bumiputera. Sekarang terdapat 2 cawangan restoran RFC yang telah dibuka iaitu di Sungai Petani dan Alor Setar. Bertemakan Fresh – Organic – Halal , ia memang menarik ramai pengunjung majoriti orang Melayu. RFC Alor setar merupakan cawangan kedua yang telah dilancarkan dengan rasminya pada 7 Februari 2009 oleh YAB Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Azizan bin Abdul Razak.
Pada hari sabtu yang lepas ( 21/3/09 ; 6.00pm) , saya telah pergi ke Restoren RFC Cawangan Alor Setar terletak berhampiran stesen bas Shahab Perdana untuk menikmati dan mengetahui sejauh mana RFC ini berbanding KFC. Setibanya di RFC saya lihat ramai orang sedang berbaris menunggu giliran. Sambil menunggu saya memerhatikan orang yang datang dan pergi. Kebanyakan orang Melayu, dari anak-anak kecil hingga tok-tok dan tokwan, Pakcik-makcik yang bertudung labuh dan berpurdah, dan berketayap (kopiah putih). Terdapat juga muda –mudi, anak-anak yang datang dengan keluarga.
Setelah berbaris hampir 30 minit, tibalah giliran saya. Saya telah memesan Radix Mega Combo B, yang mana terdapat 15 ketul ayam herb/spicy, 2 large kentang goreng,1 large Kentang putar, 2 large sayur , 2 botol radix cola, 2 botol sos, Semuanya RM 56.65 termasuk Govt tax RM2.70.
Tentang rasanya, memang berpotensi untuk menyaingi KFC. Terdapat 2 jenis ayam goreng, ayam goreng herbs / spicy . Ayam gorengnya ok tapi kurang pedas sikit. Tapi anak-anak saya suka kerana ayam dan sosnya kurang pedas.
Tentang servisnya, servisnya ok tapi agak lambat sikit mungkin orang terlalu ramai. Terima kasih Sawati kerana servis anda yang baik ketika berurusan dengan saya. Pihak RFC kena memikirkan satu cara untuk mempercepatkan servis terutamanya pada waktu ramai orang.
Selain daripada ayam goreng dan kentang goreng, terdapat menu lain yang boleh anda nikmati. Anda boleh melihat disini untuk menu yang lain.( Klik disini).
Menurut pihak RFC, sebanyak 11 buah restoran RFC akan dilancarkan pada 2009. Berikut adalah senarai lokasi RFC tersebut:
1. Cawangan Alor Setar (7 Feb )
2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
4. Cawangan Ipoh (awal april)
5. Cawangan Kulim (awal april)
6. Cawangan PJ (awal mei)
7. Cawangan Bangi (awal april)
8. Cawangan Kluang (awal mei)
9. Cawangan Kuantan (awal mei)
10. Cawangan Kelantan (awal april)
11. Cawangan Kangar (hujung march)
Sama-samalah anda tunggu pembukaan cawangan RFC di tempat anda. Jika anda berkesempatan ke Alor setar dan Sungai Petani jangan lupa untuk singgah menikmati RFC disini.
Fresh – Organic – Halal
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RFC sila klik disini



