Molekul Air Zam-Zam yang sangat Menakjubkan

 

Penemuan  ini  sungguh  menakjubkan  dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA  air  penawar  boleh  menyembuhkan  penyakit,  baca  dan
hayatilah petikan dibawah:

 

Petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud  di Surau Wisma Telekom Semarak. Diantaranya :

Air  merupakan  salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
Allah.

Ustaz  kemudian  bercerita  bahawa  dia telah berkesempatan menghadiri
satu seminar  mengenai  AIR  yang berlangsung di Hotel Istana
baru-baru ini yang mana  kebanyakan  peserta yang hadir terdiri daripada
orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari
Universiti Malaya).

 

Penceramahnya  seorang  Profesor  yang  pakar  tentang  air  dari Jepun.
Beliau menunjukkan  hasil  kajiannya  mengenai air, beberapa “slide”
ditunjukkan dan dipancarkan  dilayar  putih kepada hadirin sekelian.
Sampel-sampel air yang diambil  dari berbagai sumber air (sungai,
laut, perigi dan bermacam lagi).

 

Maka  terpancarlah  berbagai-bagai  rupa bentuk susunan
molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
samar-samar, tidak begitu  jelas  (dengan  telinga  yang besar, bertanduk dan
sebagainya) rupa yang  menggerunkan  dan  menakutkan. Lalu Profesor itu
berkata “banyak lagi sampel-sampel  air  yang  lain  tetapi rupa
molekul-molekulnya hampir sama, sekarang  saya  nak  tunjukkan sampel
air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor  itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul
air yang  tersusun  cantik  berupa  seolah-olah seperti  berlian
(bersegi-segi) ,bersinar- sinar   dan   sinarannya  mengeluarkan
warna-warna yang menarik melebihi  12 warna.

 

molekul-air-zam-zamMasyaAllah, cantiknya. Lalu profesor bertanya  “Siapakah di antara  kamu  semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan  kemudian,  Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor  berkenaan  memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab
Pensyarah. Profesor  berkata  ”Saya  tak  tahu samada betul atau tidak
air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
zam-zam.”

Kemudian  Professor  mengatakan  bahawa,  kata-kata juga dapat
mempengaruhi rupa  bentuk  molekul-molekul  air.  Lalu  didalam dewan
itu mereka membuat “experiment”  bagaimanakah  yang  dikatakan kata-kata
dapat menpengaruhi rupa bentuk  molekul-molekul  air.  Semua  hadirin
dikehendaki  membaca sesuatu kepada  air  mineral  masing-masing.
Lalu seorang  ”volunteer” bangun untuk menguji  bagaimana  rupa  air  yang
telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak  molekul  air membentuk
seolah-olah  seperti  tokong  cina (dengan janggut yg panjang dan perut
yang buncit).

 

Bila  tiba  giliran  Ustaz,  air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat
dan Ayat   Kursi   maka   nampaklah   rupa  molekul  air  seperti berlian
dan berkilau-kilau. Lalu  Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang  ayat/kata-kata  yang  tidak baik…maka nampaklah
diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah. ….  daripada  ceramah  yang  Ustaz sampaikan ini marilah
kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini  adalah  kata-kata  dari  Ustaz  Abdullah :

 

 

“Jika hendak air itu merasa manis  maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna  dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.


Share/Save/Bookmark

Share this Post:
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

No Responses to “Molekul Air Zam-Zam yang sangat Menakjubkan”

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>